Kemenangan Trump: Pengajaran Besar Kepada Badan Kajian Pendapat

Semua pembuat kajian (pollsters) di negara ini diminta mengambil pengajaran dari kemenangan Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat apabila ke semua ramalan berdasarkan hasil kajian mereka sebelum pemilihan itu terbukti tidak benar.

“Terbukti semua dapatan kajian persepsi dan pollsters, badan pengkaji pendapat awam yang meramalkan kemenangan Hilary Clinton tidak betul.

“Jadi kita di Malaysia yang membuat kajian pilihan raya ini perlu berhati-hati dan mengemukakan data sebenar dari pengundi,” kata Hisomuddin Bakar, Pengerusi Eksekutif Ilham Centre, sebuah badan kajian yang sedang meningkat naik di negara ini.

Hisom mengulas kegagalan besar hampir kesemua badan pengkaji dan pollsters di Amerika yang meramalkan Clinton bakal menang dalam pemilihan itu.

Beliau bimbang, institusi badan kajian yang sedang meningkat naik di negara ini akan terbantut dengan apa yang berlaku di Amerika.

Para pengkaji atau pollsters meramalkan Clinton akan menang mudah dalam pemilihan semalam dengan memberi peratusan sehingga 85% dalam ramalan mereka.

Apabila Donald Trump menang, ia telah memberikan suatu kejutan besar kepada badan-badan pengkaji di Amerika yang selama ini dianggap mempunyai disiplin kajian yang tinggi.

Dalam menghadapi perkara ini, Hisom berkata, Ilham akan mengekalkan pendekatan kajian mereka dengan menemubual respondan secara bersemuka bukan melalui pendekatan lain.

“Ini kerana dengan cara ini kita akan dapat mengetahui dengan lebih jelas pendapat mereka tentang sesuatu perkara melalui jawapan, body language, penolakan atau pandangan sebenar mereka dalam apa-apa isu berbanding kita membuat tinjauan random atau melalui telefon,” kata Hisom kepada Malaysia Dateline.

Hisom meletakkan kesilapan kajian berlaku apabila ‘silent majoriti’ besar dalam sesuatu masyarakat yang menjadi sasaran kajian itu.

“Kita tidak dapat ukur pendapat orang yang diam atau tidak mahu memberikan pandangan. Apabila semakin besar angka ini, kebolehan untuk silap semakin tinggi,” kata Hisom yang selama ini banyak membuat kajian pilihan raya di Malaysia.

Hisom juga berkata, wawancara yang lebih mendalam juga boleh mengurangkan risiko kajian yang dibuat silap.

“In-depth interview (temubual yang mendalam) penting untuk mengurangkan risiko kesilapan dalam kajian berbanding dengan kajian persepsi semata-mata kerana persepsi hanya lapisan atas sahaja, tidak semesti yang sebenarnya.

“Misalnya kita tanya, PKR popular ke, dia jawab popular. Adakah dia akan undi PKR, saya rasa belum tentu kecuali kita tanya soalan lebih mendalam lagi,” kata Hisom lagi.

Atas dasar itu, katanya, In-depth interview adalah cara yang lebih tepat dalam mendapatkan hasil kajian yang tepat walaupun memakan masa yang lebih lama dan kos yang lebih tinggi.

Badan pengkaji atau pollsters di Amerika memerlukan sekurang-kurangnya sebulan untuk mengkaji kenapa mereka silap dalam ramalan mereka dalam pemilihan di Amerika semalam.

“Hampir kesemua pengkaji (polls) teruk, termasuk kami,” kata Patrick Murray, pengarah Monmouth University Polling Institute kepada fivethirtyeight.com, badan pengkaji politik.

“Tetapi jika ada yang fikir mereka ada jawapannya sekarang, mereka hanya agak-agak sahaja,” kata Murray kepada laman itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ILHAM CentreHeadquarters
No. 57-1, Jalan 5/76B, Desa Pandan, 55100, Kuala Lumpur, MALAYSIA
GET IN TOUCHILHAM Centre Social links
ILHAM CentreHeadquarters
No. 57-1, Jalan 5/76B, Desa Pandan, 55100, Kuala Lumpur
GET IN TOUCHILHAM Centre Social links

Copyright by ILHAM Centre. –  All rights reserved.

Copyright by ILHAM Centre. |  All rights reserved.