Kuala Besut: Calon BN di depan tetapi PAS ada peluang

Dua hari menjelang hari pengundian, pengkaji pilihan raya Ilham Centre mendapati Barisan Nasional (BN) berada di depan tetapi calon PAS berpeluang menang di Kuala Besut jika beberapa strategi saat-saat akhir  dilaksanakan PAS.

Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Mohamad Hisomudin Bakar k berkata, kajian yang dibuat oleh pihaknya mendapati calon PAS [email protected] bin Yusof atau Che Long sangat dikenali ramai.

“Kajian antara 18 sehingga 21 Julai 2013 menunjukkan populariti calon PAS jauh mendahului 71 peratus berbanding 14 peratus bagi calon BN,” katanya.

Hisomudin berkata demikian kepada The Malaysian Insider berdasarkan kajian Ilham Centre melibatkan 546 responden di semua lapan daerah mengundi dalam DUN Kuala Besut.

“PAS berpeluang menang jika membawa balik hampir 2,000 pengundi yang berada di luar Kuala Besut untuk mengundi di samping bergantung kepada pengundi muda.

“Jika PAS tidak berjaya membawa balik pengundi luar, kami jangka majoriti BN meningkat,” katanya.

Ilham Centre memiliki reputasi yang baik dalam kajian prapilihan raya ekoran hampir semua ramalan pada pilihan raya kecil musim lalu, agak tepat.

Kira-kira 17,000 pengundi Kuala Besut mengundi di lapan pusat mengundi s Pengundian bermula jam 8 pagi dan berakhir jam 5 petang esok.

Keputusan rasmi diperoleh SPR jam 10.30 malam ekoran bulan Ramadan tetapi keputusan tidak rasmi dijangka mula diterima sekitar jam 7.30 malam.

PAS dianggap underdog dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan (DUN) Negeri Kuala Besut ini selepas kalah majoriti agak besar dalam pilihan raya lalu iaitu 2,400 undi.

Bagaimanapun, penampilan Che Long sebagai calon PAS menjadikan pertembungan sengit dan sukar diramal.

Walaupun popular tetapi kekuatan imej Che Long dilihat tidak dapat diterjemahkan kepada bentuk undi atas beberapa faktor yang lebih dominan, lapor Ilham Centre.

Sejarah pertembungan radikal dan ekstrim PAS – Umno suatu ketika dahulu yang menyaksikan isu kontroversi seperti kafir-mengkafir dan sembahyang dua imam masih membayangi pengundi.

Penampilan Che Long yang mewakili PAS dilihat membawa imej kebajikan untuk semua tetapi perwatakan rentas parti belum berjaya memadamkan legasi lama. – 23 Julai, 2013.

– See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kuala-besut-calon-bn-di-depan-tetapi-pas-ada-peluang#sthash.M8aX4qu5.dpuf

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ILHAM CentreHeadquarters
No. 57-1, Jalan 5/76B, Desa Pandan, 55100, Kuala Lumpur, MALAYSIA
GET IN TOUCHILHAM Centre Social links
ILHAM CentreHeadquarters
No. 57-1, Jalan 5/76B, Desa Pandan, 55100, Kuala Lumpur
GET IN TOUCHILHAM Centre Social links

Copyright by ILHAM Centre. –  All rights reserved.

Copyright by ILHAM Centre. |  All rights reserved.