Jangan berikan kuasa terlalu besar untuk Adenan, pinta pembangkang

Pakatan Harapan memberikan peringatan kepada rakyat Sarawak agar jangan memberikan kemenangan terlalu besar kepada Tan Sri Adenan Satem dalam pilihan raya hari ini kerana ia akan menjadikan kerajaan negeri lebih autokratik.

Pengarah Strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad ketika mengulas saat-saat akhir menjelang pembuangan undi hari ini, jika Sarawak memberikan terlalu banyak kuasa kepada Adenan rakyat sendiri yang akan rugi.

“Jika DAP dan PKR hilang kerusi mereka kali ini, ia akan memberikan isyarat kerajaan Adenan akan lebih popular dan faktor semak imbang akan hilang dan bakal gagal memenuhi aspirasi rakyat Sarawak yang mahu melihat nasib mereka terbela,” kata Dzulkefly kepada Malaysia Dateline menjelang hari mengundi hari ini.

Pandangan ini diberikan beliau ketika penganalisis menjangkakan kekuatan dan populariti TeamAdenan dalam pilihan raya Sarawak kali ini tidak akan terlawan oleh pembangkang.

TeamAdenan bakal memberikan hasil yang lumayan untuk Barisan Nasional (BN) walaupun momentum mereka sedikit terganggu dengan tragedi yang melanda sebuah helikopter VIP, kata penganalisis.

“TeamAdenan cukup popular untuk dikalahkan dalam pilihan raya ini dan mereka terlalu dominan,” kata penganalisis politik Hisomuddin Bakar dari Ilham Centre.

Beliau menjangka, DAP terpaksa berjuang keras di hari pembuangan undi hari ini untuk mengekal bilangan 12 kerusinya manakala PKR pula terpaksa berusaha keras untuk mempertahankan 3 kerusinya.

Sebagai sebuah parti baru, Parti Amanah Negara (Amanah) pula sekurang-kurangnya berjaya memperkenalkan diri mereka dalam pilihan raya negeri Sarawak ke 11 kali ini sahaja walaupun sukar untuk menang ekoran populariti yang dimiliki oleh Ketua Menteri Tan Sri Adenan Saten.

Antara papan tanda awal yang dinaikkan oleh TeamAdenan dalam PRN kali ini.Beliau menjangka, DAP akan menang sekurang-kurangnya lapan kerusi dan memberikan tentangan sengit kepada BN di tiga kerusi lagi.

PKR pula, katanya, mempunyai harapan yang sangat cerah untuk menang di Kerian manakala memberikan tentangan sengit kepada BN di Ba’kelalan dan Telangusan.

Hisomuddin yang berada di Sarawak sejak 17 hari lalu iaitu sejak empat hari sebelum penamaan calon lagi berkata, sepanjang tinjauan dan penilaian yang beliau buat, BN boleh  menambahkan jumlah kerusi mereka dalam PRN kali ini.

“Perpecahan antara DAP dan PKR menambahkan kelemahan cabaran untuk TeamAdenan dalam pilihan raya kali ini menyebabkan rakan baru mereka Amanah tidak tertolong dengan masing-masing terpaksa bergerak secara solo,” kata beliau kepada Malaysia Dateline 10 jam sebelum pengundian yang bermula pagi ini.

Hisomuddin menjangka,  BN akan menang selesa sekurang-kurangnya di 65 DUN di kawasan Melayu, Melanau, Dayak dan Bidayuh.

“Kawasan Iban wujud sedikit elemen ketidakpuasan hati terhadap kerajaan negeri namun  dijangka terkawal,” katanya.

Menurut beliau, walaupun undi kaum Cina kekal kukuh kepada DAP, tetapi kempen mereka kali ini terganggu dengan pertembungan sesama rakan Pakatan Harapan merencatkan sedikit momentum.

“DAP bermula kempen agak perlahan, namun dua malam terakhir ceramah DAP di Batu Kitang dan Finale di Miri membuktikan kekuatan mereka tidak terjejas,” katanya.

Menurut beliau, PKR menghadapi masalah mengekalkan kemenangan ekoran perpecahan dangan DAP, yang memberikan kesan ketara kepada sokongan pengundi Cina kepada parti mereka.

Hisomuddin Bakar“Undi kepada PKR dan beberapa kerusi pembangkang yang lain hanya bergantung kepada faktor ketidakpuasan hati pengundi kepada BN, bukannya kerana menyokong perjuangan parti tersebut.

“Jadi, ‘menunggang’ sokongan atas elemen kemarahan pengundi sukar untuk dikekalkan,” kata beliau.

Menurut Hisomuddin,  Pas dan Amanah pula terpaksa berjuang habis habisan di kubu kuat PBB untuk meyakinkan pengundi Melayu, tetapi refleksi pengundi Melayu nampaknya masih kekal sokongan mereka kepada PBB/BN.

“Saingan ini sekadar menguji keupayaan dua parti ini mencabar antara satu sama lain di dalam PRN ke 11 ini,” katanya.

Amanah berdepan 3 kerajaan

Namun yang menariknya adalah nasib Amanah apabila terpaksa berdepan dengan jentera tiga kerajaan di Beting Maro.

“Amanah berdepan dengan Pas yang datang dengan sokongan dari kerajaan negeri Kelantan di samping calon BN yang dibantu oleh jentera kerajaan negeri dan pusat,” kata Hisomuddin.

Menurut beliau,  Amanah memberikan saingan sengit di Gedong, Sebuyau dan Kabong sahaja.

Amanah berjaya memperkenalkan dirinya di Sarawak dengan baik.Amanah berjaya memperkenalkan dirinya di Sarawak dengan baik.“Mengikut penilaian saya,  Amanah di Dun Muara Tuang, Demak Laut, Semariang, Beting Maro, Sadong Jaya, Daro, Semop, Jemoreng dan Balingian berada di tahap sederhana dari ke semua aspek,” katanya.

Menurutnya, sebagai sebuah parti baru, Amanah paling terkesan apabila terpaksa menggerakkan jentera sendiri sepenuhnya tanpa kebergantungan kepada jentera Pakatan Harapan apabila DAP dan PKR bertembung dalam pilihan raya ini.

“Kejayaan boleh dilihat di kawasan Amanah bertanding, jenama ini kian dikenali dan mengukuh sebagai entiti baharu yang mampu mencabar kuasa BN di masa depan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ILHAM CentreHeadquarters
No. 57-1, Jalan 5/76B, Desa Pandan, 55100, Kuala Lumpur, MALAYSIA
GET IN TOUCHILHAM Centre Social links
ILHAM CentreHeadquarters
No. 57-1, Jalan 5/76B, Desa Pandan, 55100, Kuala Lumpur
GET IN TOUCHILHAM Centre Social links

Copyright by ILHAM Centre. –  All rights reserved.

Copyright by ILHAM Centre. |  All rights reserved.