Hasrat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang meletakkan sasaran mendapat majoriti mudah sekaligus membentuk kerajaan sendiri pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti tidak realistik. Hujah Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar dalam situasi akan berlaku pertembungan tiga penjuru dan PAS kehilangan sokongan pengundi bukan melayu, secara logiknya hasrat Abdul Hadi itu dilihat sukar dicapai.