Perbalahan Pembangkang Buat Pengundi Kecewa – ILHAM Centre

Rakyat Malaysia yang mengundi pembangkang pada pilihan raya umum (PRU) lalu kecewa dengan perbalahan berterusan dalam gabungan itu, kerana pertandingan tiga penjuru nampaknya akan berlaku dalam PRU14, kata penganalisis politik.

Pengarah Eksekutif ILHAM Centre Muhamad Hisommudin Bakar berkata penyelidik menjangkakan jumlah pengundi yang keluar mengundi pada PRU14 yang berkurangan akan pasti memberi kelebihan kepada gabungan pemerintah, Barisan Nasional (BN).

“Sebelum pilihan raya sudah ada banyak perbezaan pendapat sama ada Anwar Ibrahim patut jadi perdana menteri atau tidak, manifesto mereka dan selepas itu, pertandingan tiga penjuru di beberapa kerusi (pilihan raya kecil).

“Walaupun menang undi popular pada PRU14, pertelingkahan berterusan antara PAS, PKR dan DAP.

“Pengundi yang kami temui menjangka drama itu akan berterusan sampai pilihan raya,” katanya kepada The Malaysian Insight.

PAS baru-baru ini mengumumkan sasarannya untuk bertanding di 80 kerusi Parlimen pada PRU14, tidak menolak kemungkinan meletakkan calon di kerusi yang dipegang PKR dan DAP.

Timbalan presidennya Tuan Ibrahim Tuan Man juga mengesahkan pendirian parti untuk tidak menyertai Pakatan Harapan susulan bantahan DAP dan Amanah terhadap rang undang-undang persendirian dibawa Presiden PAS Abdul Hadi Awang untuk memperkasakan hukuman bagi kesalahan syariah.

Pakatan Harapan kini menggabungkan empat parti politik, PKR, DAP, Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
“Dengan tindakan PAS, kami rasa pertandingan tiga penjuru tidak dapat dielakkan,” kata Hisommudin.

Semalam, parti Islam itu mengumumkan Hadi menang mempertahankan jawatannya tanpa bertanding, mengakhiri apa jua harapan untuk PAS bekerjasama dengan parti pembangkang lain dalam Pakatan Harapan.

Hisommudin berkata mereka yang memilih mengundi pembangkang buat pertama kali pada pilihan raya umum lalu juga kecewa selepas Pakatan Rakyat dibubarkan akibat perbalahan antara DAP dan PAS.

“Lebih pun, tidak ada faktor menarik pengundi di luar negara pulang atau mereka yang tinggal di bandar kembali ke kampung halaman untuk keluar mengundi,” katanya.

Ketua Eksekutif Institut Darul Ehsan (IDE) Prof Dr Redzuan Othman berkata pengundi mahu melihat perpaduan dalam gabungan politik, sesuatu yang hanya BN mampu tawarkan setakat ini.

“Pengundi memberi mandat lebih besar kepada pembangkang pada PRU 2008 dan 2013, malah Pakatan memperoleh undi popular kerana mereka menunjukkan perpaduan.

“Kuncinya ialah perpaduan kerana Malaysia pelbagai budaya, agama dan bangsa,” katanya.

Beliau berkata berdasarkan kaji selidik IDE terhadap “Isu dan persepsi pengundi Selangor menjelang PRU14”, kumpulan itu mendapati 84% pengundi Selangor masih mahu mengundi tetapi keadaan politik semasa di kem pembangkang boleh menyebabkan mereka rasa tidak semangat berbuat demikian.

Kaji selidik yang diadakan pada 8 hingga 13 Februari mendedahkan 448% daripada 2,018 responden percaya pembebasan Anwar akan menyatukan parti pembangkang pada PRU14, peningkatan 4% berbanding kajian tahun lalu.

Sebanyak 36% responden juga berkata Anwar pemimpin berkaliber untuk menjadikan Malaysia negara yang dihormati, dengan 47% berkata bekas timbalan perdana menteri itu patut menerajui negara ini.

Kaji selidik itu pungutan suara kali keenam diadakan sejak Azmin Ali menjadi menteri besar dan menyasarkan untuk mengkaji landskap politik di Selangor. – 12 April, 2017.

Sumber berita: https://www.themalaysianinsight.com/s/1590/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ILHAM CentreHeadquarters
No. 57-1, Jalan 5/76B, Desa Pandan, 55100, Kuala Lumpur, MALAYSIA
GET IN TOUCHILHAM Centre Social links
ILHAM CentreHeadquarters
No. 57-1, Jalan 5/76B, Desa Pandan, 55100, Kuala Lumpur
GET IN TOUCHILHAM Centre Social links

Copyright by ILHAM Centre. –  All rights reserved.

Copyright by ILHAM Centre. |  All rights reserved.