Mahu bersama PKR atau tidak, PAS hantar mesej keliru

PAS dijangka keseorangan dalam pilihan raya akan datang berikutan penubuhan pakatan baharu melibatkan DAP, PKR dan parti Islam baharu, Amanah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Ogos, 2015.PAS gagal memberi isyarat jelas kepada penyokongnya samada mahu terus bekerjasama dengan PKR atau tidak selepas berpisah dengan DAP, kata penganalisis.

Ini kerana, dalam isu saman bekas menteri besar Selangor terhadap PKR, jelas PAS terus menyalahkan PKR dan menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Bagi saya PAS gagal memberikan isyarat yang jelas kepada penyokongnya apakah mereka mahu terus bekerjasama dengan PKR atau bergaduh dengan parti itu,” kata Pengerusi Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar.

Bagi Hisomudin, jika PAS mahu bekerjasama dengan PKR sebagaimana dinyatakan kepimpinannya sebelum ini, parti Islam itu tidak seharusnya memihak kepada individu yang sudah terpisah daripada parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti Khalid.

“Namun PAS mengambil kesempatan daripada krisis undang-undang antara PKR dan Khalid dengan memihak secara jelas kepada bekas MB itu dan secara tidak langsung menyalahkan pimpinan PKR khasnya Anwar sendiri,” katanya merujuk kepada Anwar yang kini berada dalam penjara.

Bagi beliau, langkah itu silap kerana jika PAS mahu mengekalkan hubungannya dengan PKR, ia perlu menjaga hati PKR dan pemimpinnya, khasnya Anwar yang meminta kes itu diselesaikan dengan baik.

Dalan penyelesaian kes saman itu, PKR dan bekas setiausaha agungnya Datuk Saifudin Nasuition Ismail bersetuju memohon maaf kepada Khalid.

Manakala Khalid pula selepas itu bersetuju menerima permohonan maaf itu dan juga meminta maaf kepada PKR.

“PAS dilihat flip flop dalam isu ini. Satu pihak PAS mahu bekerjasama dengan PKR khasnya di Selangor. Tetapi dalam masa yang sama ketika PKR berdepan dengan Khalid, PAS memihak kepada beliau padahal ada ruang untuk PAS memenangi hati kedua-dua pihak.

“Ini kerana, kedua-dua pihak meminta maaf dalam penyelesaian di mahkamah mereka tetapi PAS mengambil sikap untuk menyatakan presiden mereka betul dalam isu ini,” kata Hisomuddin (gambar, kiri) kepada The Malaysian Insider.

Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu Khalid dikekalkan sebagai menteri besar Selangor dan menolak cadangan PKR menggantikannya dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

​Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan baru-baru ini menjemput bekas MB Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menyertai PAS. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Ogos, 2015.​Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan baru-baru ini menjemput bekas MB Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menyertai PAS. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Ogos, 2015.Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan dalam akaun Facebooknya ketika mengulas keputusan mahkamah itu menyerang Langkah Kajang yang dimulakan Anwar, selain cuba memancing Khalid agar bersama PAS.

“Langkah Kajang langkah sumbang. Setelah sekian lama bergelut untuk bersihkan diri dari fitnah dan kini terbukti anda tidak bersalah dan mereka pun sudah minta maaf, maka buat anda Tan Sri Khalid, saya jemput datanglah sertai PAS. Jangan berseorangan lama-lama, tidak manis,” tulis Nasrudin dalam Facebook.

Ramai pemimpin PAS mengambil pendekatan senada dengan Nasrudin dan menyifatkan keputusan Hadi menyokong Khalid sebelum ini adalah tepat.

Khalid ketika mengulas keputusan penyelesaian dalam mahkamah berkata, Langkah Kajang adalah pencetus keretakan dalam Pakatan Rakyat (PR).

Ramai pemimpin PAS masih menganggap presiden mereka tepat dalam menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam kemelut MB Selangor tahun lepas. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Ogos, 2015.Ramai pemimpin PAS masih menganggap presiden mereka tepat dalam menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam kemelut MB Selangor tahun lepas. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Ogos, 2015.“Langkah Kajang berjaya mengaibkan saya yang akhirnya menyebabkan saya kehilangan jawatan. Namun, lebih malang lagi, strategi politik yang tidak bermoral ini telah turut menyebabkan keretakan dalam pemuafakatan antara parti komponen Pakatan Rakyat akibat sikap politik retorik dan hipokrit,” kata Khalid.

Sebelum ini, dalam pertemuannya dengan PKR, PAS menyampaikan mesej untuk terus bekerjasama walaupun sudah memutuskan hubungannya dengan DAP.

PKR pula dijangka akan membentuk kerjasama dengan DAP dan parti pecahan daripada PAS yang bakal dinamakan Amanah, dan akan diumumkan secara rasmi hujung bulan ini.

Pada masa sama PKR cuba mengekalkan hubungannya dengan PAS. – 18 Ogos, 2015.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ILHAM CentreHeadquarters
No. 57-1, Jalan 5/76B, Desa Pandan, 55100, Kuala Lumpur, MALAYSIA
GET IN TOUCHILHAM Centre Social links
ILHAM CentreHeadquarters
No. 57-1, Jalan 5/76B, Desa Pandan, 55100, Kuala Lumpur
GET IN TOUCHILHAM Centre Social links

Copyright by ILHAM Centre. –  All rights reserved.

Copyright by ILHAM Centre. |  All rights reserved.